Monday 12 May 2014

Rancangan Buku Hijau : Analisis Bahan Primer

1.0 PENGENALAN Kajian ini akan membincangkan tentang sebuah fail yang bertajuk “Rancangan Ekonomi Keluarga Daerah Krian.” Dokumen ini telah dikeluarkan pada tahun 1982. Dokumen ini telah dikeluarkan oleh Penghulu Mukim Beriah, Perak. Isu yang dibincangkan mengenai mesyuarat pada minggu yang seterusnya pada bulan Jun 1982 ketika itu. Isu ini diutarakan oleh Jabatan Pertanian Perak ini berkaitan dengan Rancangan Ekonomi Keluarga Negari Perak. Perkara yang dibangkitkan dalam dokumen ini termasuklah perlaksanaan semula atau penegasan kepada isu Buku Hijau yang telah pun dilaksanakan namun kurang mendapat sambutan. Justeru itu penegasan terhadap perlaksanaan program ini dilihat sebagai sesuatu perkara yang perlu di bincangkan. Seterusnya, dokumen ini dipilih kerana aspek pertanian merupakan aspek penting khususnya bagi penduduk yang tinggal di luar bandar. Secara majoritinya penduduk luar bandar menjadikan pertanian sebagai sumber pendapat mereka. Malah dokumen ini juga ada menyentuh tentang sebuah rancangan ekonomi yang melibatkan aktiviti pertanian bagi mengekang dan mengatasi masalah inflasi pada ketika itu. Oleh hal yang demikian bagi menyedarkan penduduk kampung tentang pentingnya aktiviti pertanian khususnya pertanian selingan mahupun bukan maka sebuah rancangan telah diwujudkan. Racangan Buku Hijau yang mulai dilancarkan pada tahun 1974 bagi siri pertama dilihat kurang menerima sambutan oleh penduduk kampung. Oleh kerana yang demikian maka pihak pentadbiran telah menyediakan beberapa strategi supaya rancangan ini terus berjaya. Kesan terhadap perlaksanaan rancangan ini juga akan dibincangkan dalam bahagian yang seterusnya. 2.0 LATAR BELAKANG DOKUMEN Dokumen ini dikeluarkan kerana pada ketika itu perlaksanaan kepada RBH yang kedua. Jika dikaji semula keberkesanan RBH yang pertama boleh dikatakan kurang berkesan khususnya kepada tempat dokumen ini dikeluarkan iaitu Mukim Beriah. Oleh hal yang demikian untuk menjayakan semula rancangan ekonomi keluarga yang telah terbengkalai tersebut maka dengan arahan dan penegasan daripada Menteri Besar Perak pada tahun 1982 iaitu Wan Muhammad B. Wan Teh untuk menjayakan rancangan ini dalam sebuah mesyuarat tidak lama sebelum dokumen ini dikeluarkan. Justeru oleh hal yang demikian maka sebuah mesyuarat akan diadakan pada minggu berikutnya iaitu pada 25 Oktober 1982 untuk membincangkan mengenai RBH dalam Rancangan Ekonomi Keluarga Negeri Perak. Isu yang dibincangkan ialah mengenai RBH yang pertama matlamat dan kegagalannya dalam Mukim Beriah. Malah mereka juga membincangkan tujuan utama RBH pertam dan kedua dilaksanakan. Selain itu dalam mesyuarat berkenaan juga ada mebincangkan mengenai cara perlaksanaannya, galakan dan penglibatan daripada jabatan-jabatan yang tertentu bagi menjayakan rancangan ini khususnya dalam Mukim Beriah ini. Dokumen ini mengandungi surat jemputan ke mesyuarat tersebut dan isu yang akan dibangkitkan dalam mesyuarat tersebut. Dokumen ini telah di keluarkan oleh Pejabat Penghulu Mukim Beriah. Dokumen ini telah diterima oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (F.A.M.A) pada 30 September 1982. Keseluruahnya menceritakan tentang Rancangan Ekonomi Keluarga Negeri Perak dengan perlaksanaan RBH. 3.0 ULASAN DOKUMEN 3.1 Pengenalan Dokumen ini menceritakan pelan Rancangan Ekonomi Keluarga Negeri Perak yang membangkitkan isu Buku Hijau. Buku Hijau merupakan sebuah program pertanian yang telah pun dilaksanakan pada tahun 20 Disember 1974 lagi oleh Yang Amat Berhormat Tun Abdul Razak Bin Dato’ Hussein di Bilik Gerakan, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur. Ia merupakan Rancangan Buku Hijau yang pertama. Rancangan ini merupakan cara membantu masyarakat mengatasi masalah-masalah yang dihadapi akibat inflasi. Namun demikian keadaan inflasi di Malaysia pada ketika itu tidaklah begitu berat. Walau bagaimana pun masyarakat perlulah bersama mengembleng seluruh tenaga untuk meningkatan hasil pengeluaran makanannya. Tujuan perlaksanaan Rancangan Buku Hijau ini adalah untuk menambahkan hasil makanan dalam negara. Perkara ini memberi penekanan kepada penggunaan tanah dan bukannya pemilikan tanah tersebut. b. Rancangan Buku Hijau (RBH) Rancangan Buku Hijau ini (RBH) bertujuan untuk meningkatkan hasil pengeluaran makanan selain menjana pendapatan masyarakat dengan menggunakan kawasan tanah terbiar yang terdapat dipersekitaran mereka. Hal ini kerana, pada tahun tersebut terdapat lebih kurang dua juta ekar tanah yang telah diberi status hak milik namun tidak diusahakan. Hal ini sangat merugikan. Sedangkan jikalu tanah tersebut dapat digunakan dengan optima sudah pasti pengeluaran makanan dalam negara bertambah dan tidak berlaku inflasi. RBH ini merupakan lanjutan daripada Gerakan Pembaharuan yang telah dilancarkan pada tahun 1972. Pembangunan RBH kedua telah pun dilancarkan pada tahun 1983. Semua daerah dalam Negeri Perak khususnya diminta untuk menyemak kembali pembangunan pertanian dan meniti semula RBH pertama dan kesannya. Rancangan ini memerlukan penyertaan daripada masyarakat dan bergiat aktif dalam sektor pertanian. RBH mengatur langkah untuk menjadikan rancangan ini berjaya, hal ini termasuklah menggalakkan tanaman jangka pendek seperti sayur-sayuran, tanaman selingan atau bukan selingan seperti jagung , kacang tanah dan sebagainya. Selain tanaman selingan atau tanaman jangka pendek, RBH juga menggalakkan ternakan seperti ayam, itik, kambing, lembu, ikan air tawar dan sebagainya. Hal ini supaya penduduk mendapat manfaat daripada aktiviti pertanian tersebut. Namun demikian perlaksanaan program ini dilihat tidak berkesan kepada kawasan Daerah Kerian khusunya di kawasan Alor Pongsu, Beriah. Oleh hal yang demikian, maka penegasan kepada program ini perlu dilakasanakan untuk menghidupkan kembali rancangan yang telah terbengkalai ini. Perkara ini telah pun dibangkitkan oleh YAB Menteri Besar Perak ketika itu dalam sebuah mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Negeri pada 03 Jun 1982. Program ini penting dalam tempoh dokumen ini dikeluarkan memandangkan pada ketika itu ekonomi dunia sedang meleset. Hal ini justeru telah menjejaskan ekonomi mereka yang tinggal diluarbandar khususnya akibat kejatuhan harga pasaran kepada pertanian komoditi seperti kopi, getah, koko dan sebagainya. Kemelesetan harga bahan mentah ini menyebabkan ramai antara golongan petani menghadapi waktu-waktu sukar dalam kelangsungan ekonomi mereka. Pada masa itu terdapat banyak petani yang meninggalkan tanah kawasan pertanian mereka dan menceburi sektor perkerjaan yang lain. Hal ini menyebabkan banyak kawasan pertanian terbiar sahaja. Program ini perlu dijayakan supaya kesannya yang positif dapat dinikmati oleh penduduk luarbandar khususnya yang menghadapi masalah kegawatan ekonomi ini. Malah tanah-tanah milik petani yang tidak produktif dan terbiar boleh digunakan untuk menjana pendapatan dan ekonomi keluarga mereka. Tanah terbiar diperkarangan rumah juga boleh digunakan untuk menanam sayur-sayuran dan lain-lain tanaman kontan. Terdapat panduan menanam tanaman yang mempunyai jangka pendek telah dikeluarkan oleh kerajaan untuk memastikan keberhasilan rancangan ini. Penanaman ini di bahagikan kepada beberapa jenis khususnya sayuran seperti sayuran jenis berdaun, sayuran jenis berubi, dan sayuran jenis buah. Penanaman ini boleh dibuat di kawasan yang terbiar, kawasan sekitar rumah, dalam pasu dan sebagainya. Hal ini bukan sahaja mampu mengekploitasi sumber yang ada dengan kadar yang maksimum namun ianya juga merupakan salah satu cara untuk menjana ekonomi dan pendapatan keluarga mereka. Selain itu, dokumen juga menyatakan bahawa harapannya agar mesyuarat tersebut dapat mengubah dan membangunkan aspek sosio-ekonomi penduduk setempat memandangan dengan adanya rombakan dan perlantikan baru dalam Jawatan Kuasa dan Keselamatan Kampung. Isu mengenai Rancangan Ekonomi Keluarga ini ada diterbitkan dalam akhbar pada 13 Jun 1982 dengan kenyataan yang dibuat oleh YAB Menteri Besar Perak iaitu mengenai Rancangan Buku Hijau bertujuan menggalakkan masyarakat kampung untuk bercucuk tanam khususnya kepada mereka yang tinggal di luar bandar. Tambahan pula program ini mampu menjana industry dalam kawasan perkampungan melalui pertanian. Malah dalam kenyataannya, beliau berkata dengan adanya perlaksanaan Buku Hijau ini sekaligus dapat memenuhi keperluan harian malah mampu menjana ekonomi dengan cara memasarkan hasil pertanian tersebut melalui Pasar Mingguan dan Pekan Seharian di kawasan penempatan mereka sendiri. Malah penganjuran kepada pertandingan ‘Kebun Hijau’, ‘Hari Ekonomi Keluarga’ dan sebagainya merupakan inisiatif kepada penduduk kampung untuk terus bergiat dalam rancangan ini. c. Objektif Seterusnya, buat kali pertama Jawatan Penyelaras Rancangan Ekonomi Keluarga telah bermesyuarat pada 24. Jun.1982 bagi menentukan objektif rancangan ini. Objektif RBH ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu pertama menggalakkan rakyat terutamannya mereka yang tinggal di desa ataupun luar bandar supaya bercucuk tanam di kawasan kediaman mereka atau di kampung masing-masing. Malah di kawasan pertanian seperti pertanian padi khususnya bagi Mukim Beriah, mereka boleh menggunakan kawasan batas bendang untuk menanam tanaman jangka pendek seperti jagung, kacang tanah dan sebagainya. Penanaman padi di kawasan Daerah Kerian merupakan tanaman yang dominan khususnya bagi masyarakat Melayu. Kedua, objektif Rancangan Buku Hijau (RBH) ini juga bertujuan untuk memasarkan lebihan hasil tanian tersebut dalam Pekan Sehari melalui satu rangkaian yang akan dikesan nanti. Kedua-dua objektif ini berkaitan untuk menambah jumlah pendapatan keluarga bagi mereka yang berada di kawasan Luar Bandar dan memiliki kawasan tanan yang luas yang mampu menjadi kawasan pertanian. c. Perlaksanaan Disamping itu dalam melaksanakan RBH ini terdapat dua peringkat telah dianjurkan iaitu peringkat pertama iaitu peringkat ini merupakan peringkat persediaan kepada penduduk kampung terhadap konsep ini melalui beberapa cara. Antara caranya ialah memberi pencerahan terhadap RBH ini dan pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini ialah Jabatan Penerangan, Jabatan Pertanian dan lain-lain jabatan yang terlibat secara langsung dalam rancangan ini. Selain itu pihak Pentadbiran Peringkat Daerah juga perlu untuk mengendalikan rancangan ini. Dalam RBH yang pertama kerajaan telah memberi tunjuk ajar dan panduan untuk menguruskan RBH ini. Hal ini bertujuan untuk melipatgandakan pengeluaran hasil makanan supaya mencukupi untuk keperluan negara, menambah pendapatan penduduk luar bandar dan menggerakkan rakyat, wakil rakyat, dan pegawai kerajaan supaya lebih cergas melibatkan diri dalam usaha pembangunan. Paling penting ialah untuk elancarkan RBH dan memperkemaskan Jentera Kerajaan terutamanya diperingkat Daerah. Penduduk mestilah diberi penerangan agar mereka dapat mengetahui dengan jelas hala tuju rancangan ini. Seterusnya mendapatkan jaminan daripada institusi-institusi yang berkaitan dengan rancangan ini contohnya FAMA supaya lebihan hasil tani tersebut dapat dipasarkan dengan jayanya. Seterusnya penyediaan daripada aspek penentuan kelancaran projek-projek penduduk tanpa masalah kewangan. Hal ini memerlukan peranan dan kerjasama daripada pihak Jabatan Pertanian khususnya. Ini kerana untuk memulakan sesebuah projek yang melibatkan kawasan pertanian yang luas ia memerlukan sejumlah modal untuk membeli benih, menyediakan batas, sistem pengairan dan pagar. Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu Sungai Manik-Krian merupakan salah satu langkah yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian untuk memastikan pengeluaran hasil makanan lebih banyak dan meningkat. Malah Jabatan Pertanian bertanggungjawab dalam memastikan dan membaikpulih infrakstruktur, menyediakan jentera, pengangkutan dan sebagainya. Seterusnya dengan cara pemantauan terhadap tanah yang ingin di jalankan rancangan ini secara automatiknya pihak Jabatan Pertanian mampu untuk mengenalpasti jenis tanah dan membuat penentuan tanaman yang sesuai dengan tanah tersebut. Disamping itu, penyesuaian segala program dan aktiviti-aktiviti jabatan yang telah wujud ke dalam satu pendekatan yang kolektif. Manakala peringkat kedua dalam perlaksanaan RBH dalam Mukim Beriah ini adalah berbentuk implementasi rancangan terdahulu dan pengawasan daripada Jawatankuasa Penyelaras yang berkenaan. Apabila rancangan ini bermula Jawatankuasa Peringkat Mukim ini perlu sentiasa berhubung dengan Jawatankuasa Penyelaras Peringkat Daerah bagi menyampaikan maklumat tentang kemajuan projek tersebut dan juga maklumat-maklumat lain yang berkaitan dengan projek tersebut. Maklumat seperti serangan makhluk perosak, waktu penuaian dan sebagainya akan segera dimaklumkan kepada jabatan yang bertanggungjawab. Misalnya sudah tiba musim penuaian padi maka pihak FAMA akan menyediakan dan menghantar pengangkutan ke kawasan yang berkenaan. d. Galakan Dalam memastikan keberhasilan rancangan ini dalam Mukim Beriah khususnya dan bagi menggalakkan penglibatan penduduk kampung untuk menyertai Rancangan Ekonomi Keluarga ini dengan lebih ramai, maka pasar-pasar mingguan dan pekan sehari diwujudkan dalam setiap mukim. Hal ini demikian kerana, dengan wujudnya pasar-pasar yang seumpamanya maka lebihan hasil tanian penduduk bolehlah dipasarkan melaluinya. Malah dengan adanya jabatan yang bertanggungjawab dalam memastikan keberkesanan rancangan ini, penduduk boleh menjual hasil tanian mereka kepada Jabatan Pertanian, FAMA mahupun agensi-agensi kerajaan yang lain. Selain daripada mewujudkan pasar tani dan seumpamanya, bagi memberi galakan dan dorongan kepada penduduk yang ingin melibatkan diri dalam Rancangan Ekonomi Keluarga ini, mereka digalakkan untuk menyertai pertandingan-pertandingan Peringkat Kampung, Mukim, Daerah dan seterusnya negeri. Pertandingan ini diadakan untuk mengukur keberkesanan penglibatan penduduk kampung. Malah dengan adanya pertandingan seumpamanya penduduk luar bandar juga akan terdedah kepada teknik-teknik pertanian yang terkini dan tanah yang terbiar di persekitaran rumah mereka boleh digunakan secara optima. Pertandingan tersebut akan diadakan pada setiap enam bulan sekali ataupun ketika musim menuai tiba. e. Laporan Kegiatan Lembaga Pertubuhan Peladang Wilayah Perak Utara. Lembaga Pertubuhan Peladang(LPP) merupakan antara badan yang mempunyai kegiatan dan sumbangan yang selaras dengan Rancangan Ekonomi Keluarga. Ini dapat ditunjukan melalui dasar LPP iaitu bertujuan untuk menambahkan pendapatan golongan petani dan pengeluaran ladang secara berkelompok dalam bidang tanah yang luas dengan meggunakan teknik-teknik pertanian yang moden. Matlamatnya pula untuk menjadikan pertanian perkebunan kecil kepada bentuk perusahaan dengan menpertingkatkan aktiviti perniagaan seperti meningkatkan input pertanian, alatan pertanian dan pemasaran hasil perladangan tersebut. Lembaga ini menumpukan strategi untuk menjayakan matlamat mereka menerusi penyediaan perkhidmatan yang penting dalam pertanian khususnya yang diperlukan oleh peladang-peladang kecil. Hal ini termasuklah pembekalan kepada aliran masuk pertanian, jentera pertanian ladang, pengangkutan, kemudahan pinjaman modal, kemudahan pemprosesan hasil tanian dan perkhidmatan pemasaran hasil tanian dengan harga yang berpatutan. Selain itu mereka juga memberikan bantuan tanaman yang membolehkan peladang tersebut memasarkan hasil tanaman dalam beberapa jenis tanaman. Antara tanaman yang dianjurkan seperti tanaman selingan yang bersifat ekonomik. Ini termasuklah tanaman koko dan kopi bagi kawasan pertanian contohnya kawasan penanaman padi. Malah tanaman yang semusim dengan “cash crop” sperti tembakau, kacang tanah dan sayur-sayuran merupakan tanaman yang terjamin pasarannya. Seterusnya, LPP juga akan meningkatkan pengeluaran tanaman dengan menggalakan petani menggunakan bahan pertanian yang bermutu tinggi seperti penggunaan baja yang bermutu. Malah kaedah pertanian yang betul juga mampu menyumbang kepada peningkatan hasil pertanian selain cara pengurusan ladang yang baik. LPP juga akan menyediakan insentif dengan cara memberi pinjaman kredit dengan mudah selain memberi subsidi untuk tanaman. Subsidi dalam tanaman ini termasuklah baja, racun dan sebagainya. Malah LPP akan memberi keringanan kemudahan untuk membeli input-input pertanian selain menjalankan usaha pemasaran bagi menjamin harga yang baik. Seterusnya strstegi LPP dalam meningkatkan pendapatan petani adalah dengan mewujudkan pendapatan ketiga bagi penanam padi, pekebun kecil kelapa, dan peladang-peladang kecil yang lain dengan aktiviti pertanian yang menguntungkan seperti penternakan. Penternakan ini termasuklah ternakan darat seperti ayam, itik, kambing, dan sebagainya mahupun ternakan air seperti ternakan ikan air tawar dan sebagainya. Hasil daripada penternakan ini juga boleh mencambah pendapatan petani sementara menunggu musim menuai padi atau hasil perladangan yang lain. LPP menyasarkan kumpulan sasaran mereka ialah peladang-peladang kecil, khususnya yang terlibat dalam penanaman padi, pekebun kecil kelapa, koko, peladang kecil nenas, buah-buahan dusun atau campuran. Nayata dasar dan strategi yang dijalankan oleh LPP adalah selaras dengan usaha RBH untuk menambah pendapatan penduduk. Namun demikian LPP lebih menyasarkan kepada petani sahaja, sedangkan RBH ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang memiliki tanah yang terbiar untuk diusaha bagi menampung keperluan makanan keluarga selain dapat menambah pendapatan keluarga. Namun demikian kedua-dua program ini bertujuan untuk menggunakan tanah pertanian dengan kadar yang optimum dan meningkatkan hasil pertanian pada tahap yang maksimum. f. Kesimpulan Secara natijahnya pengukuhan dan penerangan terhadap RBH ini di harap dapat memberi manfaat kepada penduduk khusus kepada mereka yang tinggal di kawasan luar bandar untuk menghadapi kemelut ekonomi pada ketika itu. Namun demikian berdasarkan dokumen ini terdapat halangan yang membantutkan perkembangan rancangan ini. Hal ini berkaitan dengan isu permohonan tanah milik Kerajaan untuk menjalankan RBH ini, walhal tanah milik perbadi mereka masih terbiar dan dipenuhi dengan semak samun. Terdapat juga indvidu yang tidak bertanggungjawab menceroboh tanah rezab milik agensi Kerajaan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Perairan dan Terusan(JPT), dan Lembaga Letrik Negara (LLN). Kononnya mereka ini mengambil bahagian dalam RBH yang lalu. Perkara yang berikut perlulah segera di atasi supaya hal yang sama tidak akan berulang lagi. Memandangkan keutamaan rancangan ini telah terpesong sedangkan matlamat utama RBH ini mendidik masyarakat khususnya yang tinggal di luar bandar untuk memperbaiki ekonomi mereka. Bagi memastikan rancangan kali ini berjaya dan berterusan maka Jawatankuasa Penyelaras memerlukan tindak balas daripada penduduk secara konsisten supaya mereka ini dapat menilai, mencari maklumat dan menyampaikan maklumat ini kepada peringkat yang lebih tinggi untuk tindakan yang selanjutnya. 4.0 IMPLIKASI DOKUMEN Dokumen yang dikaji oleh pengkaji mempunyai implikasinya terhadap penduduk setempat khususnya. Hal ini demikian kerana perlaksanaan RBH ini menyasarkan golongan luar bandar sebagai golongan sasaran utama. Golongan ini merupakan golongan yang paling banyak menerima kesan akibat kejatuhan harga pasaran bagi bahan-bahan mentah. Bahan mentah khususnya getah merupakan bahan yang paling banyak diusahakan, Malah ini merupakan langkah untuk menyediakan masyarakat Malaysia amnya untuk menghasilkan makanan sendiri dan tidak bergantung kepada bekalan makanan daripada luar. Kebergantungan Malaysia terhadap bekalan bahan makan pada ketika itu dilihat agak tinggi. Justeru dengan perlaksanaan Rancangan ini diharapkan dapat menyediakan Malaysia kepada negara yang mampu menghasilkan makanan sendiri tanpa mengharap import makanan daripada luar. Sebelum kejatuhan harga pasaran khususnya harga getah, koko, kopi dan sebagainya. Masyarakat Melayu telah menjalankan aktiviti pertanian sara diri. Pertanian sara diri ini terus berkembang menjadi pertanian komersial. Begitu juga halnya dengan RBH ini, perlaksanaannya bermula untuk kegunaan sendiri iaitu memenuhi keperluan dalam keluarga namun demikian, apabila terdapat lebihan hasil daripada pertanian tersebut maka hasil tersebut bolehlah dipasarkan. Kesannya dapat dilihat apabila kawasan penanaman padi ditanam dengan makanan kontan dan tanaman jangka pendek. Malah sehingga kini pelbagai pendekatan digunakan untuk menjayakan RBH. Pada awal abad ke-21 RBH telah pun ditukar namanya kepada Rancangan Bumi Hijau. Walau bagaimanapun ianya masih menekannya intipati matlamat utamanya. Pada penghujung abad ke-20 telah ramai usahawan yang berjaya dibawah perlaksanaan RBH ini. Hal ini menunjukan kesan yang sangat positif. Malah dikawasan Mukim Beriah itu sendiri menurut laporan pernah beberapa kali memenangi pertandingan peringkat Daerah mahupun Negeri dalam bidang pertanian pada tahun 1995. Namun demikian kesan yang lebih menyeluruh dapat dilihat dengan kejayaan Malaysia untuk mengatasi inflasi dan menghasilkan makanan sendiri. Malah pertanian telah menjadi suatu bidang peluang pekerjaan. 5.0 KESIMPULAN Natijahnya, setiap dasar yang dibuat dalam dokumen ini telah merubah cara dan mencorak pertanian kini. Rentetan daripada RBH ini banyak usahawan tani yang mampu memperoleh pendapatan yang lumayan dengan menggunakan kawasan persekitaran rumah mereka sahaja. Malah kajian terhadap masalah yang melibatkan petani dalam pertanian telah menambahbaik sistem yang ada kepada sebuah sistem yang lebih berkualiti dan bermutu. Malah perlaksanaan RBH ini sedikt sebanyak telah menyumbang kepada kemajuan negara. RBH ini ditukarkan kepada Bumi Hijau pada awal abad ke-21. Namun demikian tujuan dan strategi yang digunakan masih sama untuk menambah pendapatan penduduk selain menyediakan peluang pekerjaan dalam sektor pertanian khususnya sebagai suatu langkah yang menjana ekonomi mereka. BIBLIOGRAFI Bahan Primer Dokumen. Rancangan Ekonomi Keluarga Daerah Kerian. 1983. 1992/001254 Dokumen. Siri Sejarah Pentadbiran Kementerian/Jabatan: Sejarah Pentadbiran Kementerian Pertanian (1994). Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia Fail. Rancangan Buku Hijau Daerah. (1983). 1992/001252. Fail. Strategi Buku Hijau Melipatgandakan Pengeluaran Pertanian-6hb Disember 1974. 2006/0021310 Fail. Strategi Buku Hijau Melipatgandakan Pengeluaran Pertanian-6hb Disember 1974. 2006/0021310 Kerajaan Malaysia. Rancangan Buku Hijau, Panduan Tindakan Daerah. Disember 1974. 2006/0008570. Laporan. Laporan Kegiatan Lembaga Pertubuhan Peladang Wilayah Utara Perak. 1982. Penghulu Mukim Beriah. Laporan Tahunan Kampung Parit Lebai Kadir 2003 Bahan Sekunder Bahan Arkib, pamphlet. Strategi Buku Hijau dan Perlaksanaannya- Cara Menanam Barang- barang Makanan di Kawasan Rumah (1983). 2007/0056575 David S. Gibson et,al (1980). Agricultural Modernization, Poverty and Inequality: The Distributal Impact of the Green Revolution in Region of Malaysia and Indonesia. England : Gower Publishing Company. G. Sivalingam, (1993). Malaysia’s Agricultural Tranformation. Petaling Jaya : Pelanduk Publication. Just Faaland et, al (2005). Dasar Ekonomi Baru: Pertumbuhan Negara dan Pencapaian Ekonomi Orang Melayu. Kuala Lumpur : Utusan Publications. Rohaida Binti Shuhaimi (1988). Perkembangan Sosio-ekonomi Orang-orang Melayu di Krian (1920-1940). Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. Wan Hashim Wan Teh, (2011). Hubungan Etnik di Malaysia. Kuala Lumpur : ITBM

Perasaan Seseorang yang dah siap Latihan Ilmiah

Hebat. walaupun aku rasa gembira bagai nak buat lompat star beratus kali, tp ade juga la perasaan sedih sebabnya inilah penghujung perjuanganku sebagai penuntut first degree di Tg Malim tercinta ni. Lebih menyedihkan bila memikirkan kawan2 rapat..huaa.... ase nk nangis oooo.. lepas ni dah xley nk lepak2 sembang gosip ramai2, gelak sampai fello blok tegur, tgk movie dgn skrin 14inci, main game sampai lebam, berebut bas khiffah.. Lepas ni dah xkan ade bebelan pensyarah sbb dtg lewat ke kelas or xmandi pg sebab lewat bangun.. (T__T) Tp hidup mesti diteruskan, aku ade banyak tanggungjawab lain, Mak aku ayah aku dua2 dah tua dah di usia pencen pun.. cukup lah pengorbanan mereka utk aku. Lepas habis je sem ni aku nak keje, bg mak aku service kesihatan terbaik kat dunia ni, bg ayah aku rehat plak smbil main game candy crush.. bg adik2 aku pengalaman perasaan sebagai menuntut pengajian tinggi.. Amin semoga aku berdaya..

Monday 15 October 2012

Dimana Bumi Dipijak Disitu Langit Dijunjung.

Aku dilahirkan di sebuah daerah yang berada di utara tanah air.. Selama lebih 20 tahun aku di besarkan dalam suasana yang harmoni dan aman jika dilihat dari mata kasar,, yea.. aku sangat bahagia berada disini.. mungkin suatu hari dahulu.. Tidak aku nafikan persekitaran perkampungan di sebelah utara suasananya jika dibandingkan dengan suasana bandar seperti ibu kota kita sudah tentulah jauh bezanya.. Disini anda tidak boleh menunggu bas setiap 10 minit sekali, atau menunggu LRT setiap 2minit sekali.. Segala-galanya bergerak perlahan.. anda hanya akan disajikan dengan sebuah bas merah yang lusuh pada waktu pagi iaitu semasa matahari sedang menyinsing, kemudian ketika anda sedang memikirkan sajian apa yang ingin anda masak pada tengahari nanti atau ketika anak-anak remaja mengejar ilmu pada sesi petang. Sang merah yang usang ini akan datang lagi sesudah jam 3 petang kemudian jam 5petang dan jam 7petang, jika anda bertuah sudah tentu anda akan dapat menaiki bas terakhir pada ketika itu. Bagi aku, menaiki bas yang sudah uzur ku kira pengalaman yang manis bagiku.. Walaupun aku tahu aku akan menekan loceng pabila destinasiku tuju lebih kurang setengah batu lagi jantung ku pasti berdegup deras,, selaju pacuan pakcik bas ini. Seperti yang ku jangka, walaupun aku telah menekan loceng kali pertama bas masih meluncur laju, dan aku tekan loceng kali kedua kemudian barulah aku rasa pergerakan bas kian perlahan dan berhenti dihadapan rumahku, itulah sebabnya mengapa aku selalu berdebar menaiki Sang merah yang usang ini kerana aku tidak tahu samada aku perlu berjalan patah balik setengah batu lagi atau berjalan beberapa meter lagi ke hadapan. Kampung aku sangat permai, kehijauan anak-anak padi luas terbentang dihadapan mata. Sesekali ada lintasan keratapi yang menambah seri kampungku di hujung sawah. Sejauh mata memandang kelihatan bayangan Bukit Larut yang gagah berdiri diikuti banjaran panjang tempat terbitnya matahari pagi. Bilah-bilah cahayanya sesekali menebusi dedaun kelapa sawit yang menghijau di belakang perumahan kami. Keredupannya sudah tentu memberi rasa yang dingin dan udara yang nyaman. Rumahku tidak sunyi dengan kokokan ayam atau bebelan burung murai yang mencari makanan. Di atas pohon Ceri itu tempat mereka bermain bersama burung madu yang lebih kecil saiznya. Paruhnya yang panjang dan kecil itu dihulurkan ke dalam bunga ceri yang bari mekar. Aku kadang-kala berebut kemanisan buah ceri yang merah menyala dengan haiwan kecil ini. Kadang-kala hampir semua buah yang merah berkesan tebukan. Walau sedikit hampa tapi tidak mengapa melihat telatahnya sahaja buat aku bersyukur kerana di beri nikmat kehidupan bersama sang kecil itu. Sebagai tanda terima kasih aku fikir tidak lama kemudian sang kecil ini bersarang di atas lebihan dawai yang ku buat untuk mengikat jendela. sarangnya kecil sahaja diperbuat dari daun-daun kering dan anyaman kekabu berbentu seperti sarang tempua betul-betul di hadapan jendela kamarku. aku perlu lebih berhati-hati sewaktu menguak jendela. Sang ayah dan ibu saling bergilir menjaga zuriat mereka. Aku juga turut membantu melihat kalau-kalau kucingku pula yang mengganggu mereka. Aku sempat melihat anaknya menetas, ia sangat kecil dan comel. mulutnya sentiasa ternganga meminta makanan. Di atas tiang elektrik sang Raja Udang bertelegu sendiri menanti mangsa untuk timbul menonjol diri. Dalam kehijauan padi Sang bangau diam membatu diri mencari rezeki mengalas perut. Kawanan ini akan membelah langit petang untuk pulang ke rumah. Terkadang jumlahnya berpuluh-puluh. Aku akan sambung lagi cerita ku bila ada kelapangan.. InsyAllah.

Wednesday 14 December 2011

my companions..


That was my best friends.
everyone had their own best friends. Right? i had my own.. Both of them. Meaning friendship for mean is deep. I am very thankful cause Allah give me both of them and a lot more in this university to have a chance to enjoy this campus life. When I was crying they never bored to listen to my story. when i was angry,, they been there to calm me down, when i was happy there also there to laugh with me. I was so lucky to have you guys.. I have something to say to both of you especially and all of you who are reading my blog, : Maybe I'm not the perfect friend for you after all, maybe was not the best among the best, but I'm the your friend who are always remember and love you all the time.. Friendship never end.. =D

Saturday 10 December 2011

i miss my dad..

for all these time daddy were just like ignore you.. think again,, when you fall a sick daddy were the worries person in the world he keep scold you why you play at the noon, why you do not drink a lot of water..daddy were always right behind you to help you to learn how to bike a bicycle. when he saw you are master to manage the bike then he slowly let you do by your self,, and suddenly you felt down,, he run as fast as he can to get you.. he treat you wound mean while he coax you to buy a candy because he is so worry about you. When you became a teen you start to close to your friends. even he did not say it but dont you know daddy are lonely because you do not talk to him about your book, did not ask him how to do thing that you do not know. then you start to came home at late night dont you realize daddy were the one who sleep at sofa in front because he had tired to wait for you all night long.. then you just run through him get in your room secretly. then you went to further you study, daddy were the most happiest person at that moment. when you call you mummy dont you know daddy is whisper to your mummy to ask you if you are well, enough food and money there. because he was so worry.. then at you graduation day daddy could talk to you how happy he was. one day you bring your future husband/wife daddy were a little bit sad. at your wedding day daddy are sad because you had been took by someone else. daddy run to back door and cry. at that time he realize that his responsibility is over now. he just pray that you will be happy and protect your future children as what he did to you.
I Love You Dad. (T__T)

Tuesday 6 December 2011

love this songs

jar of hearts
i know i cant take one more step toward you,cause all that's waiting is regret,and don't you know i'm not your ghost anymore? you lost the love i loved the most, i learned to live half-alive, and now you want me one more time

c/o*
and who do you think you are? running 'round leaving scars collecting you jar of hearts and tearing love apart, you're gonna catch a cold from the ice inside your soul, so don't come back for me, who do you think you are?

i hear you're asking all around, if i am anywhere to be found, but i have grown too strong to ever fall back in your arms, i've learned to live, half-alive now you want me one more time,
c/o*

dear, it took so long just to feel alright, remember how to put back the light in my eyes, i wish i had missed the first time that we kissed, cause you broke all your promises and now you're back you don't get to get me back,
c/o*
you're gonna catch a cold from the ice inside your soul so don't come back for me don't come back at all..
who do you think you are
who do you think you are
who do you think you are


my all

I am thinkin' of you

In my sleepless solitude tonight

If it's wrong to love you

Then my heart just won't let me be right

'Cause I'm drowned in you

And I won't pull through

Without you by my side


I'd give my all to have

Just one more night with you

I'd risk my life to feel

Your body next to mine

'Cause I can't go on

Livin' in the memory of our song

I'd give my all for your love, tonight


Baby can you feel me

Imagining I'm looking in your eyes

I can see you clearly

Vividly emblazoned in my mind

And yet you're so far like a distant star

I'm wishing on tonight


I'd give my all to have

Just one more night with you

I'd risk my life to feel

Your body next to mine

'Cause I can't go on

Livin' in the memory of our song

I'd give my all for your love tonight


I'd give my all to have

Just one more night with you

I'd risk my life to feel

Your body next to mine

'Cause I can't go on

Livin' in the memory of our song

I'd give my all for your love tonight

Give my all for your love tonight

Friday 18 November 2011

i need Him

erm,, sometime we are so greedy,,always hope for something that does not belong to us.. but we are forget to thankful for what we had now,,look around you,, you will find you are so tiny in this world.. yes some said the world is small.. but the gift from Allah is huge enough,, He had a power to give something and to take anything from us.. when He want to give happiness to someone, there is no hand could stop it, but if He want to take happiness from someone there no hand would give to help.. raise your hand and lets say Alhamdulillah.. amin..